Wednesday, March 5, 2014



i'm engaged...!...ngeh..ngeh...
via: nana eliena.. :)







Read more...

Tuesday, March 12, 2013

2013 story will be coming

Kisah untuk tahun 2013 akan di update selepas ini...
sekarang dah ada broadband..hehehhe
thanks for my dear
Read more...

Monday, July 23, 2012

Selamat menyambut Ramadhan Untun kekawan semua.. Pertama sekali Che lie ingin memohon kemaafan diatas semua perkara sepanjang kenalan ini. Ingin juga mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan selamat hari raya, selamat tahun baru & selamat maju jaya kepada kekawan semua. Berpesan lebih awal kerana selepas ini tidak ketahui samaada masih mempunyai ruangan masa untuk update something kat sini.. InsyaAllah, jika sekiranya selepas ini Che lie free, akan cuba update blog ini. Salam ikhlas dan tulus dari "Che Lie 9394"
Read more...

Friday, February 3, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 hijrah



Name : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
D.O.B : Monday, 12 Rabiulawal / 20 April 571 (Tahun Gajah)
P.O.B : Abu Talib’s House, Makkah Al-Mukarramah
Father’s Name : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Mother’s Name : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
1st nanny : Barkah Al-Habsyiyyah (aka Ummu Aiman)
Nursing Mothers : Thuwaibah & Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah

Age of 6 - Mother passed away at Al-Abwa’. Rasulullah SAW was taken care by Ummu Aiman paid by grandfather.
Age of 8 - Grandfather passed away. Rasulullah SAW lived with uncle Abu Talib.
Age of 25 - Married to Khadijah aged 40.
Age of 40 - Became the Nabi & Rasul at Gua Hira’ (wahyu)

Wives of Rasulullah SAW :
1. Khadijah binti Khuwailid
2. Saudah binti Zam’ah
3. Aishah binti Abu Bakar
4. Hafsah binti ‘Umar
5. Ummi Habibah binti Abu Sufyan
6. Hindun binti Umaiyah
7. Zainab binti Jahsy
8. Maimunah binti Harith
9. Safiyah binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab binti Khuzaimah

Rasulullah SAW Children :
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra


Che lie kongsi kan sedikit info tentang biodata Rasullullah s.a.w sekadar ilmu pengetahuan kepada buat sahabat-sahabat semua.
Detik sebegini teringat akan kenangan semasa zaman sekolah rendah dahulu (sekolah kebangsaan kok pasir).. bila tiba tanggal 12 rabiulawal each years pihak sekolah akan melakukan majlis sambutan maulidur rasul. ingat lagi pernah berarak dengan bunga manggar dari masjid ke sekolah.. sungguh meriah dengan pakaian berbaju melayu berwarna warni.
tapi sekarang susah nk tengok benda-benda macam tue lagi. kalau berhampiran dengan taman aku ada hendak buat, sure aku akan join sekali.. rindu detik-detik sebegitu.
perbanyakkan kan lah selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w.
che lie dengan penuh harapan dan berdoa agar kita semua dalam keadaan sihat tubuh badan dan diberi keizinan untuk beribadat kepada Allah s.b.t dalam kehidupan seharian kita.

Read more...

Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum w.b.t                                           
   


 


Apa khabar sahabat sekalian..? Bagaimana permulaan di tahu baru ini..semoga berjalan dengan lancar lah hendaknya. Kali ini che lie ingin berkongsi sedikit ilmu tajwid yang boleh di anggap sangat penting lah kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari, tiap-tiap masa kita membaca nye.
Sebelum ini, dalam sedar tak sedar rupanya banyak kesalahan dalam bacaan surah al-fatihah khususnya che lie sendiri lah.Bacaan Al-fatihah merupakan satu rukun di dalam solat kan, so jika cacat bacaan nya maka rosak lah solat itu.

NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Semoga post kali ini boleh memberi kita semua sedikit pembetulan, Che lie harap kalian semua terus berjuang untuk agama kita, jadilah pejuang muda yang taat pada agama islam sekalipun masa lampau dahulu telah leka ditelan hiburan.

Read more...

Wednesday, December 28, 2011

memory 2011

Assalamualaikum w.b.t serta salam sejahtera buat sahabat-sahabat sekalain.
Alahai..rindu nyer kat blog nie..dah lama tidak update..mohon kemaafan jika sekiranya reader sering kali membaca entry2 yang lama.

Pertama sekali, che lie bersyukur ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi nafas untuk meneruskan perjuangan ke jalan-NYA, dengan nikmah dah rahmat yang diberikan oleh-NYA memang tidak terhingga kadar nya, hanya perasaan bersyukur sahaja dapat dilafazkan.

posting kali ini, che lie ingin bercerita sedikit about something happen this years.
banyak benda kan yang menjadi catatan untuk tahun 2011 baik atau buruk ianya tetap memory yang maybe boleh membawa kita more matured.





gambar ini semasa kat kapitan..if tak silap masa dalam seminggu sampai kat penang..



 
kali ini semasa kat zoo taiping.. nie lah kali pertama jejak kaki kat zoo.. some people cakap zoo negara lagi best..insya4ll, law ada rezeki & di panjangkan umur akan kesana pula



with my fwen at casino royal..hikhikhik.. banyak la casino..kat Qbay jew nie..datang main game tembak-tembak..(^_^)..


dalam bas b'sma teman seperjuangan yang sangat meminati sukan sepaktakraw..masa ada game di UIA


Ketibaan kat airport KK..nak p main sepaktakraw kali ini game kat UMS after qualify game kat UIA


cuba kalian guess where i was??


Riang ria raya bersama sahabat kampung..

1st time holiday at Genting..sYok sangat naik space shot


bersama rakan sekerja.. mana taw kan lepas ini tak kerja kat situ lagi..

sayang sangat both of you..thanks a lot make my life meaningful.. (,")



ok, buat sahabat sekalian..post kali ini tidak la ke arah berkongsi ilmu sangat..
ini cuma a few diari che lie untuk tahun 2011. cuma sekadar kongsi kegembiraan.
 

ketibaan new years tidak lama lagi kan...so, apa persediaan kalian semua.
sudah pasang angan-angan baru, sudah fikir azam baru, sudah fikir cita-cita baru..
bagi che lie simple jew, just mahukan kehidupan hari ini lebih baik dari yang semalam.
apa-apa yang kita lakukan jangan lupa kepada Sang Pencipta. Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. 


SMiLE-it makes U look nice!
PRAY-it makes U stronger!
GIVE-it makes U richer!
LOVE-it makes U know life!

Read more...

Tuesday, December 6, 2011

hari asyura/ 10 muharram

Salam sahabat semua...
apa khabar?? diharap semua berada dalam keadaan sihat lah semua nye yerrr...
che lie just hendak isi masa lapang sahaja ini. hendak tulis post kali ini.. maybe you all semua dah taw kan, maybe dah ada knowledge about this kan.. hurrmm, never mind lah..asal kan boleh share apa yang che lie taw kat someone who yang visited my blog..

ok, hendak citer pasal hari asyura nie, banyak yg dah taw...kat kelantan selalu nya family salalu buat 'sura'. terliur nye bila teringat balik makanan itu..
bagi you all yang tak taw..syura nie dibuat secara mutual coorperation lah.. satu kampung pakat datang tolong buat syura nie.. mana tak nya, hendak buat benda nie at least take 6 hour to cooked it. sampaikan muka sure lah kemerah-merahan. jawab nya jadi angry bird lah.


pasal bahan-bahan nye cik lie tak sure sangat la.. sebab taw kacau n makan jew.. law tak silap..bahan-bahan nye, jagung, daging, beras, air, etc....
tapi yang paling best nye bila dah ciap di masak after 6 hour cooked.. masa kecil-kecil dulu makan dalam tempurung, then sudu pula buat from daun nenas.. memamg syok laaa... nyum.nyum.nyum..still remember tak u all semua??

ok..return back to the main title.. pasal hari asyura
che lie ada lah sedikit info..hari asyura nie memang lah salah satu hari yang sangat special bagi seluruh umat islam. apa yang perlu kita buat??
bagi che lie.. berpuasa and mandi sunat hari asyura lah...

kat bawah nie yang che lie search kat wiki...so, lets read

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
yang nie adalah amalan sunat semasa hari asyura:-
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.





    Photobucket


    Read more...