Assalamualaikum buat sahabat semua,
Sekarang sedar tak sedar dah masuk bulan zulhijjah kan. Rasanya baru sahaja lepas bulan Ramadhan.
Cerita pasal bulan zulhijjah nie pasti semua umat islam tertunggu-tunggu kan.. mana kan tidak nya, bulan ini adalah bagi umat islam menyambut hari aidiladha a.k.a raya haji a.k.a korban
untuk pengetahuan sahabat kalian bulan zulhijjah adalah merupakan bulan yang terakhir lah dalam kalendar hijrah sama dengan bulan Disember if kalendar masihi... tapi apa yang che lie nak kongsi dalam post kali ini adalah pasal puasa hari arafah lah. Dalam menunggu hari raya haji a.k.a korban tue jangan la lupa puasa pada hari ke-9 zulhijjah. Besar fadhilat yang kita semua akan dapat nya.
Puasa sunat 9 zulhijjah ini adalah merupakan salah satu anugerah Allah kepada umatnya yang mana menunjukkan tanda kasih dan sayang terhadap umatNya.
Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
so, apa nak difikirkan kan lagi... tepuk dada tanya lah selera..hehehehe
bila difikirkan kan balik. kita nie dah la tak dapat pergi tunaikan umrah & haji, korban haiwan pun tak kan, ape salahnya kalau kita puasa di hari arafat sebelum menyambut kedatangan hari raya raya haji nie kan. moga-moga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua.
~selamat beramal semua~ && ~selamat hari raya aidiladha~
(^^,,)..(,,^^)
Monday, October 31, 2011
puasa di hari Arafah 9 Zulhijjah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment