Monday, September 5, 2011

puasa E.N.A.M bonus tambahan selepas Ramadhan

Assalamualaikum bt semua....

Jom pakat berebut bonus

hri ini hendak bercerita pasal puasa ENAM..
bgi sesiapa yg da terlepas puasa2 sebelum nie, jgn lh di tunggu lg puasa ramadhan yg akn dtg sbb kita xtaw lg kn dpt b'temu lg x Ramadhan yg akn mendatang.. elok lah kite berpuasa yg selain dr nya dhulu, contoh nye puasa E.N.A.M nie lh...puasa enam nie ibarat sbgai bonus lh selepas puasa di bulan ramadhan...klau ckp pasal bonus, sape yg xnk bonus...semua org mahukan,  ye dop?? so,rebutkn lh bonus utk bekalan akhirat kita kelak.
Sabda Baginda yang Bermaksud :
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim).
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Selain ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT, dari segi teori sains pula, Puasa Enam ini amat bermenafaat untuk sistem pencernaa tubuh badan kita, terutama bagi memberi peluang pada sistem penghadaman untuk bersedia dalam menerima makanan setelah sebulan ianya direhatkan.
Dari segi perlaksanaan pula, Puasa enam boleh mula dilakukan bermula pada dua Syawal, sama ada dilalukan secara berturut turut atau beselang seli sepanjang bulan Syawal, itu terpulang pada kemampuan individu, tapi lebih afdal jika dilakukan secara berturut turut berdasarkan Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
Selain daripada ganjaran dan fadilat yang boleh kita dapat dari Puasa enam ini , ada satu perkara yang pada aku cukup menarik untuk tidak dilepaskan oleh mereka yang terpaksa tinggalkan Puasa Ramadan mereka kerana sebab sebab yang tidak dapat dielakan, perkara itu adalah ” Mengabungkan Puasa Qada dan Puasa Enam “, Walaupun ada persoalan yang timbul dari cara ini namun setelah dikaji oleh para Ulamak  mereka bersependapat bahawa ianya dibolehkan, namun dari segi ganjaran pula …
Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.
Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”. Jadi adalah Lebih Afdal jika keduannya dilakukan secara berasingan…

p/s: puasa enam da settle puasa lain jgn lupe! Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA .Tolong maafkan ambo ye. Xkesah la maaf ape pon. Semoga Ramdan dan Syawal tahun ni membawa kita ke arah yang lebih diredaNYA
Read more...