Assalamualaikum kwn2 semua...
apa khabar dan diharap semoga berada dalam keadaan ceria semuanya k.
kali ini, aku nak bercerita tentang sujud sahwi sedikit sebanyak tak kisah la korang sudah mengetahui atau belum mengetahui tatacaranya kan..
sujud sahwi nie adalah 'dua sujud' untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan terlupa..dilakukan dengan dua kali sujud sebelum atau sesudah salam.
ok, antara sebab2 perlu sejud sahwi adalah
1.penambahan
2.pengurangan
3.syak @ was2 @ ragu2..
~~contoh terlupa dalam penambahan, Apabila kita t'sedar bahawa dalam solat kita, samaada ketika bersolat (masih dalam solat) atau sesudah selesai mengerjakannya (selepas salam), ada tertambah sesuatu seperti jumlah rakaat, sujud, duduk antara dua sujud, dan lain-lain, maka hendaklah sujud syahwi dilakukan selepas salam. macam seseorang sedang sembahyang maghrib la tiba2 t'sedar yang telah melakukan 4 rakaat..
>>jika sdg berdiri, teruslah duduk kepada tahiyat akhir.
>>jika semasa tahiyat habiskan lah, selepas salam sujud sahwi.
~~contoh terlupa dalam pengurangan, di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak sengaja di dalam perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud syahwinya dilakukan sebelum salam. Contohnya apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud awal dan terus bangun untuk meneruskan rakaat yang ketiga, maka dia tidak perlu untuk duduk kembali untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan kemudian selepas tasyahhud akhir dan sebelum salam, hendaklah dia melaksanakan sujud syahwi. Sekiranya dia teringat bahawa dia lupa membaca tasyahhud awal ketika dia belum bangkit untuk berdiri ke rakaat ketiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. faham dop???
ok, mcm mna plak kes kalau kita sembahyang isyak la contoh nya.. kita hanya buat 1@2@3 rakaat jew disebabkan terlupa..selepas tue terus memberi salam kn..
kalau kita sedar dalam jangka masa yang panjang kita hendaklah sembayang balik isyak tue ea..mcm selepas sembahyang tue..da makan, tgk tv atau apa2 la, so hendaklah sembahyang balik tapi kalau kita tersedar dalam masa yang singkat, selepas bagi salam tue, dok beberapa saat.."ohhh!! aku hanya bt 2 rakaat jew sembahyang isyak tadi". kita hanya perlu sembahyang baki yang tertinggal sahaja k.. selepas tue bagi salam dan sujud sahwi lalu bagi salam sekali lagi.. fhm doppp???
~~contoh terlupa dalam keraguan. Daripada Abdurrahman bin ‘Auf r.a., daripada Rasulullah s.a.w.:Jika salah seorang di antara kalian ragu dalam solatnya, sehingga dia tidak tahu, apakah baru satu rakaat atau sudah dua rakaat, maka baiklah ditetapkannya sebagai satu rakaat sahaja. Jika dia tak tahu apakah dua atau sudah tiga rakaat, baiklah ditetapkannya dua rakaat. Dan jika tidak tahu apakah tiga ataukah sudah empat rakaat, baiklah ditetapkannya tiga rakaat, kemudian hendaklah dia sujud bila selesai solat di waktu masih duduk (selepas tasyahhud akhir) sebelum memberi salam, iaitu sujud syahwi sebanyak dua kali.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a.:Dan apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya, maka hendaklah dia memilih yang benar (menurut keyakinannya), lalu hendaklah dia menyempurnakan solatnya lalu salam, kemudian sujud dua kali.
sebenarnya Rasullah s.a.w tidak pernah mengkhususkan doa dalam sujud sahwi. so, bacaan hendaklah sama seperti solat2 biasa.. tapi dalam masyarakat hari ini, ramai yang membaca “Subhaana man laayanaamu walaa yashuu” yang membawa maksud, “Maha suci Tuhan yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa”. sebenarnya bukan drpd sunnah Rasullullah mahupun 4 orang imam Mazhab.
ada yang baca:
“Subhaana man laayanaamu walaa yashuu”
"Rabbhig firli"
"Subhana Allah".
p/s: baca jew mana2 dr yang atas jgn baca jampi serampah sudah... hehehehe
Read more...