Thursday, November 24, 2011

Selamat Menyambut Awal Muharram



Salam ukhwah buat semua...Che lie harapkan kita semua berada dalam lindungi Allah s.w.t semua nya.
Awal muharram atau maal hijrah nie adalah permulaan tahun bagi kalendar hijrah.
Selalu nya apabila tiba awal tahun macam ini, setiap orang mesti memasang azam atau impian baru semua kan.

Tak kisah la what kind of intention tapi make sure la ianya niat kearah kebaikan ke jalan Allah.bside that, kuat kan akidah,syariat dan akhlak kita semua yerrr..Bagi che lie plak, banyak azam baru awal tahun depan.. seperti contoh..nak Zz@@..hehehehe.menda ntah.tak ada apa-apa lah, cuma niat nak Quit smoking jew.. (,.++^^)

Mengenai bulan muharram ini banyak keistimewaan nya, antara nya pada 10 muharram iaitu hari Asyura.nanti sahabat kalian jangan lupa berpuasa dan mengandakan ibadat pada hari tersebut.law panjang umur, nanti che lie tulis plak pasal fadhilah 10 muharram ini.

kita umat islam disunatkan membaca doa-doa akhir tahun dan awal tahun..
doa awal tahun~dibaca sebaik nya 3X di akhir waktu asar
doa awal tahun~dibaca sebaiknya 3X setelah selesai solat maghrib pada malam 1 muharram.

Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Akhir sekali, kita sebagai umat islam haruslah peka terhadap fadhilat kalendar tahun hijrah. kerana peristiwa banyak direkod kan dalam kalendar tahun hijrah. seperti 10 muharram, hari tasyrik, dan etc. jika kita sudah lupa akan bulan-bulan dalam kalendar hirah betapa rugi nya hidup kita sebagai seorang muslim.Dulu che lie pun macam ini jugak, sering kali terlepas tentang hari-hari yang membawa banyak fadhilat jika kita beramal

SeLaMaT BeRaMaL Bt SaHaBaT SeMuA..che lie




No comments:

Post a Comment