Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum w.b.t                                           
   


 


Apa khabar sahabat sekalian..? Bagaimana permulaan di tahu baru ini..semoga berjalan dengan lancar lah hendaknya. Kali ini che lie ingin berkongsi sedikit ilmu tajwid yang boleh di anggap sangat penting lah kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari, tiap-tiap masa kita membaca nye.
Sebelum ini, dalam sedar tak sedar rupanya banyak kesalahan dalam bacaan surah al-fatihah khususnya che lie sendiri lah.Bacaan Al-fatihah merupakan satu rukun di dalam solat kan, so jika cacat bacaan nya maka rosak lah solat itu.

NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Semoga post kali ini boleh memberi kita semua sedikit pembetulan, Che lie harap kalian semua terus berjuang untuk agama kita, jadilah pejuang muda yang taat pada agama islam sekalipun masa lampau dahulu telah leka ditelan hiburan.

Read more...