Thursday, August 25, 2011

Mencari Malam Lailatul Qadar



Salam 1 Malaysia dan Ramadan. Semua sedia maklum mengenai malam Lailatul Qadar. Tetapi bilakah berlakunya malam Lailatul Qadar tersebut? Malam Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadan. Berikut pula merupakan petua mencari malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama :
  1. Ahad atau Rabu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan.
  2. Isnin - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan.
  3. Selasa atau Jumaat - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.
  4. Khamis - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan.
  5. Sabtu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan.
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
p/s: buat pembaca blog ini, sma2 lah kita memeriahkan dan mendapat berkat dlm 10 mlm t'akhir ramadhan kali ini...semoga kita dpt "mencari" mlm lailalul qadar itu yg mna mlm yg lbih baik dr 1000 bulan....maksud "mencari" disini adlh buka kn lah pintu hati kita dgn penuh keikhlasan...law hti x cuci x dpt jupe ea...he3xx....
Read more...