Sunday, September 11, 2011

selamat menduduki ujian peperiksaan UPSR

Assalamualakum w.b.t & salam sejahtera

 bt adk2 yg bakal menduduki ujan peperiksaan UPSR pd thun ini, sy mengucapkan selamat berjaya mendudukinya...bkn duduk atas kerusi jew!!! jwb exam yopp...
semoga calon-calon semua berlapang dada menjawab soklan2 nti.. ini lah ujian p'tama dlm hdup adk2 sekalian, yg mna d anggap titik2 permulaan utk melangkah maju kehadapan...





Doa Menduduki Peperiksaan



Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)


Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"




Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)






Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan




(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali


Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)






Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
sumber: http://wannurshuhada.blogspot.com/2008/11/selamat-menduduki-peperiksaan.html 


Petua untuk Anak Menduduki Peperiksaan 

Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.


Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut. 
Diharap dengan post doa menduduki peperiksaan ini, dapat membantu ibu bapa dan pelajar yang sedang dan bakal menghadapi peperiksaan. InsyALLAH jika berusaha dan tawakal ALLAH akan membantu kita.

jadual sepanjang tempoh peperiksaan...
SELASA 13 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
  • 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
  • 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2
RABU 14 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
  • 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
  • 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan
KHAMIS 15 September 2011
  • 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
  • 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
  • 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
  • 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam
p/s: gudluck sekalian...do the best!!!

Read more...

Monday, September 5, 2011

puasa E.N.A.M bonus tambahan selepas Ramadhan

Assalamualaikum bt semua....

Jom pakat berebut bonus

hri ini hendak bercerita pasal puasa ENAM..
bgi sesiapa yg da terlepas puasa2 sebelum nie, jgn lh di tunggu lg puasa ramadhan yg akn dtg sbb kita xtaw lg kn dpt b'temu lg x Ramadhan yg akn mendatang.. elok lah kite berpuasa yg selain dr nya dhulu, contoh nye puasa E.N.A.M nie lh...puasa enam nie ibarat sbgai bonus lh selepas puasa di bulan ramadhan...klau ckp pasal bonus, sape yg xnk bonus...semua org mahukan,  ye dop?? so,rebutkn lh bonus utk bekalan akhirat kita kelak.
Sabda Baginda yang Bermaksud :
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim).
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Selain ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT, dari segi teori sains pula, Puasa Enam ini amat bermenafaat untuk sistem pencernaa tubuh badan kita, terutama bagi memberi peluang pada sistem penghadaman untuk bersedia dalam menerima makanan setelah sebulan ianya direhatkan.
Dari segi perlaksanaan pula, Puasa enam boleh mula dilakukan bermula pada dua Syawal, sama ada dilalukan secara berturut turut atau beselang seli sepanjang bulan Syawal, itu terpulang pada kemampuan individu, tapi lebih afdal jika dilakukan secara berturut turut berdasarkan Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
Selain daripada ganjaran dan fadilat yang boleh kita dapat dari Puasa enam ini , ada satu perkara yang pada aku cukup menarik untuk tidak dilepaskan oleh mereka yang terpaksa tinggalkan Puasa Ramadan mereka kerana sebab sebab yang tidak dapat dielakan, perkara itu adalah ” Mengabungkan Puasa Qada dan Puasa Enam “, Walaupun ada persoalan yang timbul dari cara ini namun setelah dikaji oleh para Ulamak  mereka bersependapat bahawa ianya dibolehkan, namun dari segi ganjaran pula …
Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.
Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”. Jadi adalah Lebih Afdal jika keduannya dilakukan secara berasingan…

p/s: puasa enam da settle puasa lain jgn lupe! Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA .Tolong maafkan ambo ye. Xkesah la maaf ape pon. Semoga Ramdan dan Syawal tahun ni membawa kita ke arah yang lebih diredaNYA
Read more...

Friday, August 26, 2011



-assalamualaikum_

sempena kita semua umat islam bakal menyambut hari raya aidilfitri..ingin aku mengambil kesempatan ini memohon maaf zahir dan batin sekiranya telah melakukan kesalahan samada sengaja/tak sengaja, menyakiti hati korg, terlepas cakap ,atau ape2 jew lah kn...

#Hidup hanya sekejap#
kejap senang
kejap sedih
kejap bokek
kejap berduit
kejap ketawa
kejap lagi…

p/s: berhati-hati pulang ke kampung,lihat la doa bermusafir di bawah ini..
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.

$LEBARAN Idul Fitri$ Minal aidin walfaidin

تقبل الله منا ومنك
rosli & keluarga




Read more...

Thursday, August 25, 2011

Mencari Malam Lailatul Qadar



Salam 1 Malaysia dan Ramadan. Semua sedia maklum mengenai malam Lailatul Qadar. Tetapi bilakah berlakunya malam Lailatul Qadar tersebut? Malam Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadan. Berikut pula merupakan petua mencari malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama :
  1. Ahad atau Rabu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan.
  2. Isnin - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan.
  3. Selasa atau Jumaat - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.
  4. Khamis - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan.
  5. Sabtu - malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan.
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
p/s: buat pembaca blog ini, sma2 lah kita memeriahkan dan mendapat berkat dlm 10 mlm t'akhir ramadhan kali ini...semoga kita dpt "mencari" mlm lailalul qadar itu yg mna mlm yg lbih baik dr 1000 bulan....maksud "mencari" disini adlh buka kn lah pintu hati kita dgn penuh keikhlasan...law hti x cuci x dpt jupe ea...he3xx....
Read more...

Tuesday, August 23, 2011

imam lupa takbir semayang raya

mna taw kn kot2 smyg raya thun nie jd keadaan mcm nie....


Read more...

hari-hari terakhir di bulan ramadhan...

assalamualaikum w.b.t
bt pembaca sekalian, di saat2 terakhir bulan ramadhan ini. marilah kita memperbanyak kan amalan ibadat kita.Di bawah sy letakkan 5 perkara yg Rasulullah s.a.w lakukan pd saat2 mcm nie..
“Adalah Rasulullah SAW jika telah masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau mengencangkan kainnya, menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya.” 
(HR. Bukhari-Muslim)
pertama, menghidupkan malam
..~yg mna Rasulullah s.a.w berbibadat sepanjang mlm hingga ke pgi...
kedua, membangunkan kelurganya
..~bgun lah kita dr tidur, buat amalan sepanjang malam... tunaikn lh solat sunat tasbih dan beribadat,, solat sunat tasbih!!!! wooow..solat yg ada 300x tasbih nie.. penah bt ke law hri2 biasa??? msti susahkn, x kata org len aku sndri pun bulan puasa jew buat..so, guna knlah this time to do it
Ketiga, “mengencangkan ikat pinggang”
..~maksud nye tidak menggauli isteri-isterinya...tp law sdg 'bergelojak' just fullfill wishes 1st..bru lah lbih fokus untuk beribadat...he3x
keempat, mandi antara maghrib dan isyak.
..~tujuan nye, untuk berjaga malam lah..nk bg tubuh nie "fresh" demi untuk mengejar mlm lailatur qadar itu. kita sekarang berjaga malam untuk ape? bgun tgk bola? lepak dgn kwn? bt biskut raya? 
kelima, iktikaf
..~Tujuan nabi melakukan iktikaf pada sepuluh hari terakhir ialah untuk menghentikan berbagai rutinitas kesibukannya, mengosongkan fikiran, mengasingkan diri demi bermunajat kepada Allah, berzikir dan berdoa kepada-Nya.

s0, ramdhan kli nie kte da berada di tahap deadline@last minute@critical zone@"ngujung"... so law secara logik nye lh..ape yg kita bt law di saat mcm nie
law men bola, nie lh msa tambahan dh..nk tentu sape yg menang
law atlet lumba lari, ngujung gni lh die nk lari semampu yg bole
law student,nie lh sem yg last..stdy "pah cerah"
Semoga Allah swt memberi kita kemampuan untuk  melakukan 5 amalan yg telah dilakukan oleh Nabi SAW dalam mengisi sepuluh hari yang terakhir di bulan suci ini. Wallahu A`alam bis Shawaab. mne taw kn,
mybe nie ramdhan kita yg t'akhir......










Read more...

Monday, August 22, 2011

hehehehe....(*+^)

                                                 assalamualaikum...~

..hehehe,,,nk kcau bl0g 'CHE LIE' kjap..
                                                       j0m2...tgk ape yg ade kat cni..(*+^)..//

..sbnrnye cme nk bgtaw yg nana p sh0pim jew smlm..(dr pg smpai ptg taw...penat2..!)..niatnye nk p cri bju ryer...tp,x jmpe yg b'kenan la plak..sdey3x!.(,")..last2 bli bnda laen,,
   ..nie jew yg nana dpt...
 
                                            ...nie beg yg nana dpt mse p jln2 kat rntau pnjang ...(^_^)
                                                                        (cmey x...?..).hehehe
  ..slipar yg kiut-miut...^^

                                             ..mak aih,,slipar sape  la nih...?!...
                                                      ~jgn t'kjut lak..nie nana yg pnyer...
                                                 (klu nk jgk,p bli sndri..byk lg kat parks0n tue..)
                                           
   ~..mse jln2 kat parks0n smlm tue..nmpk 1 kdai ksut nie,,nana p0m msuk la mngintai jap..tgk pnyer la tgk..tup2,nana ambk jew slipar yg nie...nmpk kiut-miut jgk la...+ 'rugged' cket..hihihi^^..

   ..mcm mne lak dgn yg nie...kiut jgk x..?..(",)

                              ..yg nie p0m nana bli kat kdai yg sme..(ble hti da b'kenan,,bli jelah..)
                                                   ...hihihi..(*+^)...

  p/s:hrp2 'che lie' x mrh la nana suka-suki jew maen kat blog die nie...^^
             
                   ...oke la,,bye2!
                                     


Read more...