Tuesday, December 6, 2011

hari asyura/ 10 muharram

Salam sahabat semua...
apa khabar?? diharap semua berada dalam keadaan sihat lah semua nye yerrr...
che lie just hendak isi masa lapang sahaja ini. hendak tulis post kali ini.. maybe you all semua dah taw kan, maybe dah ada knowledge about this kan.. hurrmm, never mind lah..asal kan boleh share apa yang che lie taw kat someone who yang visited my blog..

ok, hendak citer pasal hari asyura nie, banyak yg dah taw...kat kelantan selalu nya family salalu buat 'sura'. terliur nye bila teringat balik makanan itu..
bagi you all yang tak taw..syura nie dibuat secara mutual coorperation lah.. satu kampung pakat datang tolong buat syura nie.. mana tak nya, hendak buat benda nie at least take 6 hour to cooked it. sampaikan muka sure lah kemerah-merahan. jawab nya jadi angry bird lah.


pasal bahan-bahan nye cik lie tak sure sangat la.. sebab taw kacau n makan jew.. law tak silap..bahan-bahan nye, jagung, daging, beras, air, etc....
tapi yang paling best nye bila dah ciap di masak after 6 hour cooked.. masa kecil-kecil dulu makan dalam tempurung, then sudu pula buat from daun nenas.. memamg syok laaa... nyum.nyum.nyum..still remember tak u all semua??

ok..return back to the main title.. pasal hari asyura
che lie ada lah sedikit info..hari asyura nie memang lah salah satu hari yang sangat special bagi seluruh umat islam. apa yang perlu kita buat??
bagi che lie.. berpuasa and mandi sunat hari asyura lah...

kat bawah nie yang che lie search kat wiki...so, lets read

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
yang nie adalah amalan sunat semasa hari asyura:-
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.





    Photobucket


    Read more...

    Thursday, November 24, 2011

    Selamat Menyambut Awal Muharram



    Salam ukhwah buat semua...Che lie harapkan kita semua berada dalam lindungi Allah s.w.t semua nya.
    Awal muharram atau maal hijrah nie adalah permulaan tahun bagi kalendar hijrah.
    Selalu nya apabila tiba awal tahun macam ini, setiap orang mesti memasang azam atau impian baru semua kan.

    Tak kisah la what kind of intention tapi make sure la ianya niat kearah kebaikan ke jalan Allah.bside that, kuat kan akidah,syariat dan akhlak kita semua yerrr..Bagi che lie plak, banyak azam baru awal tahun depan.. seperti contoh..nak Zz@@..hehehehe.menda ntah.tak ada apa-apa lah, cuma niat nak Quit smoking jew.. (,.++^^)

    Mengenai bulan muharram ini banyak keistimewaan nya, antara nya pada 10 muharram iaitu hari Asyura.nanti sahabat kalian jangan lupa berpuasa dan mengandakan ibadat pada hari tersebut.law panjang umur, nanti che lie tulis plak pasal fadhilah 10 muharram ini.

    kita umat islam disunatkan membaca doa-doa akhir tahun dan awal tahun..
    doa awal tahun~dibaca sebaik nya 3X di akhir waktu asar
    doa awal tahun~dibaca sebaiknya 3X setelah selesai solat maghrib pada malam 1 muharram.

    Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

    Awal tahun
    "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

    Akhir tahun
    "Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

    Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

    Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

    Akhir sekali, kita sebagai umat islam haruslah peka terhadap fadhilat kalendar tahun hijrah. kerana peristiwa banyak direkod kan dalam kalendar tahun hijrah. seperti 10 muharram, hari tasyrik, dan etc. jika kita sudah lupa akan bulan-bulan dalam kalendar hirah betapa rugi nya hidup kita sebagai seorang muslim.Dulu che lie pun macam ini jugak, sering kali terlepas tentang hari-hari yang membawa banyak fadhilat jika kita beramal

    SeLaMaT BeRaMaL Bt SaHaBaT SeMuA..che lie





    Read more...

    Wednesday, November 23, 2011

    Banjir Mai dah....


    Assalamualaikum w.b.t sahabat sekalian
    Apa khabar kalian semua, che lie harap semua berada dalam keadaan sihat walfiat lah hendaknya nooohh...

    Di penghujung tahun macam ini, selalu nya berlaku bencana banjir khususnya dinegeri pantai timur. Diharap penduduk disana melakukan persiapan awal menghadapi bencana kali ini.

    Terasa rindu bila tiba musim banjir, walaupun disaat menghadapi kesusahan menghadapi bencana banjir ada keseronokan yang terselit. Bila teringat kembali zaman kanak-kanak dulu.Musim ini amatlah ditunggu-tunggu kan.

    Pada masa ini lah banyak aktiviti yang hendak dilakukan.Yang paling best main air banjir lah kan, buat rakit dengan batang pisang, meredah banjir dengan motor,mandi sungai, menangkap ikan, 'tahan pukat' sampai dapat ular sawa. until now still remember the memories.

    Sudah beberapa tahun che lie terlepas dari menghadapi saat-saat macam itu.Yang paling best nye makan ubi kayu rebus 'dicicah' dengan gula dan 'nyiur'...waaaaaa nak2 makan benda tue.rindu masakan maa..hahahaha ntah apa-apa la aku mengarut nie, lari dari topik pulak...


    ok, bagi kalian yang sudah dewasa perlu lah lebih bersedia menghadapi bencana banjir ini,kita perlulah more be alert to safety diri sendiri,family kita khususnya kanak2x.often monitor mereka ini,takut perkara tak di ingini berlaku.

    langkah-langkah berjaga:
    -Listen the announcement from the radio or sumber-sumber yang trustly.
    -Sediakan Perlengkapan P3K dan alat-alat standard penyelamatan
    -letak dokumen-dokumen penting ditempat yang selamat, agar tidak rosak.
    -the most important, awasi lah budak-budak kecil.
    p/s: hilang harta benda boleh dicari, tapi bila hilang +3$%* amaatlah menyedihkan.

    Read more...

    Monday, November 14, 2011

    a bit about che lie

    Salam sahabat semua...
    post kali ini just citer serba sedikit pasal kehidupan che lie...
    hurmm...tak lah crucial sangat artikel kali ini. cuma lebih kepada biodota hidup che lie.
    terasa hendak buat biodota yang agak lengkap lah. Sebab sebelum ini tak ada banyak sangat info about myself in this blog.

    macam mana hendak start ea...
    1st,lets talk something about my hobby
    che lie paling minat main sukan, banyak lah sukan yang boleh main..macam main bola,futsal, badminton, then yang paling suka nya main takraw. che lie kalau dah bersukan memang excited la, sampaikan family pun selalu dok 'ngepek' @ melatah. che lie mula minat main takraw masa umur da besar panjang, if tak silap masa umur 15 tahun.
    banyak dah tournament yang disertai, sampaikan kat sabah, thailand pun ada. tapi tetap tak pandai main juga.hikhikhik






    to be continue...tak sempat nak habis kan citer...

    Read more...

    Friday, November 11, 2011

    solat sunat awwabin



    Assalamualaikum buat sahabat semua...
    apa khabar you all semua, diharapkan bereda dalam keadaan sihat selalu lah hendaknya. okaih, apa itu awwabin?? sebelum ini che lie pun ngak taw jugak, awwabin ini bermaksud orang-orang yang bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, penuh keikhlasan dalam ketaatan mereka terhadap-Nya dan meninggalkan kecenderungan serta dorongan hawa nafsu insani semata-mata kerana-Nya.
    Solat sunat ini dilakukan antara dua waktu sembahyang iaitu antara maghrib hingga isyak.

    Apa yang che lie tahu pasai solat sunat ini adalah boleh dilakukan 4@6 rakaat.. lebih fadilat lakukan 6 rakaat...erm... setiap 2 rakaat memberi salam. solat ini lebih afdal lah dikejarkan segera selepas solat maghrib tanpa bercakap@kecek apa-apa. satu lagi, pahalanya sama seperti kita beribadat selama 12 tahun..
    Sabda Nabi saw yang bermaksud:
    "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun"Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi

    so, fikir-fikirkan lah. manusia biasa lah kan terlalu mudah melakukan dosa dan Allah maha pengampun lagi maha mengasihi.. ayuh kawan-kawan kita berubah dan berusaha supaya lebih baik atau bagus dari kelmarin..

    che lie ada search la sikit info pasai solat sunat ini..
    a)pada dua rakaat yg pertama

    lafaz niat solay sunat awwabin
    (sahaja aku solat sunat Awwabin serta memelihara iman.2 rakaat kerana Allah Taala)

    bacalah selepas membaca Al_Fatihah pada kedua-dua rakaat
    1-surah Al-Qadr (1kali)
    2-surah Al-Ikhlas (6kali)
    3-surah Al-Falaq (1 kali)
    4-surah Al-Naas (1kali)

    selepas memberi salam baca doa ini
    (Ya Allah!Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu,maka imanku itu,
    semasa hidupku,semasa matiku,dan selepas matiku.Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.')

    pada dua rakaat yg kedua

    lafaz niatnya
    (sahaja aku sembahyang sunnat awwabindua rakaat kerana Allah Taala)

    pada dua rakkat ketiga

    lafaz niatnya
    (sahaja aku solat sunat Awwabin serta istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)
    ~selamat beramal semua~
    (^*^)
    love u all

    Read more...

    Thursday, November 3, 2011

    sElaMaT HaRi RaYa AiLdiLaDHa



    Assalamualaikum w.b.t
    Apa khabar sahabat sekalian?? di harap semua berada dalam keadaan sihat walfiat lah hendaknya. Ketibaan 10 zulhijjah sudah tidakn lama lagi, So che lie harap korang semua bersedialah dari segi mental dan fizikal untuk beribadat dan menyambut hari perayaan itu.

    Di kesempatan ini che lie ingin mengambil kesempatan memohon keampunan jika sekiranya ada committed intentionally or unintentionally buat sesiapa yang mengenali diri ini mahupun yang tidak mengenali jua.
    Buka minda, buka hati dan berkorban untuk sesuatu yang baik untuk diri anda, keluarga, masyarakat dan negara, sesungguhnya korban itu membawa makna dan tujuan yang besar. Renung2 kan lah!

    Kita disini jangan pula lupa mendoakan kepada insan samaada family,sahabat,saudara2 mahupun sesiapa sahaja yang sedang mendirikan rukun islam yang ke-5 di Baitullah, semoga mereka selamat menunaikan ibadat haji dan selamat pulang ke tanah air

    Ada mata pandanglah keindahan,
    Ada mulut berbudilah pertuturan;
    Ada hati berilah kesayangan,
    Ada salah silap silalah maafkan.

    "pengorbanan adalah suatu kemenangan bukannya kerugian"


    Salam AiDiLaDha dR Che Lie dan Sekeluarga

    sYg u aLL


    Read more...

    Monday, October 31, 2011

    puasa di hari Arafah 9 Zulhijjah

    Assalamualaikum buat sahabat semua,

     Sekarang sedar tak sedar dah masuk bulan zulhijjah kan. Rasanya baru sahaja lepas bulan Ramadhan.
    Cerita pasal bulan zulhijjah nie pasti semua umat islam tertunggu-tunggu kan.. mana kan tidak nya, bulan ini adalah bagi umat islam menyambut hari aidiladha a.k.a raya haji a.k.a korban
    untuk pengetahuan sahabat kalian bulan zulhijjah adalah merupakan bulan yang terakhir lah dalam kalendar hijrah sama dengan bulan Disember if kalendar masihi... tapi apa yang che lie nak kongsi dalam post kali ini adalah pasal puasa hari arafah lah. Dalam menunggu hari raya haji a.k.a korban tue  jangan la lupa puasa pada hari ke-9 zulhijjah. Besar fadhilat yang kita semua akan dapat nya.
    Puasa sunat 9 zulhijjah  ini adalah merupakan salah satu anugerah Allah kepada umatnya yang mana menunjukkan tanda kasih dan sayang terhadap umatNya. 
    Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
     so, apa nak difikirkan kan lagi... tepuk dada tanya lah selera..hehehehe
    bila difikirkan kan balik. kita nie dah la tak dapat pergi tunaikan umrah & haji, korban haiwan pun tak kan, ape salahnya kalau kita puasa di hari arafat sebelum menyambut kedatangan hari raya raya haji nie kan. moga-moga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua.

    ~selamat beramal semua~ && ~selamat hari raya aidiladha~
                                        (^^,,)..(,,^^)
    Read more...